Koloni (biologi)
Koloni (biologi)

Koloni (biologi)

Dalam bidang biologi, koloni terdiri daripada dua atau lebih individu sama spesies yang hidup dalam pergaulan rapat atau bercantum dengan satu sama lain. Pergaulan ini lazimnya dilakukan untuk faedah bersama seperti memperkukuh pertahanan atau keupayaan untuk menyerang mangsa yang lebih besar.[1]Koloni boleh terbentuk dalam pelbagai bentuk dan cara bergantung kepada organisma yang terlibat. Sebagai contoh, koloni bakteria adalah sekumpulan sel yang sama (klon). Koloni ini biasanya berasal daripada sel induk tunggal dan sering terbentuk dan tumbuh pada permukaan (atau di dalam jasad) suatu bahantara pepejal.[2]Dalam konteks pertumbuhan organisma, koloni mungkin terdiri daripada dua atau lebih organisma kesatuan (atau bersendirian) atau menjadi organisma modular. Organisma kesatuan mempunyai corak pertumbuhan yang tentu (peringkat kehidupan tetap) dari bentuk zigot ke bentuk dewasa, malah individu atau kumpulan individu (koloni) ternyata kelihatan berbeza. Organisma modular[3] pula mempunyai corak pertumbuhan tidak tentu (peringkat kehidupan tidak tetap) melalui lelaran berulang modul (atau individu) yang serupa secara genetik, malah sukar untuk membezakan antara koloni secara keseluruhan dan modul di dalamnya.[4] Dalam kes organisma modular, modul mungkin mempunyai fungsi khusus dalam koloni.Organisma bersendirian pula tidak terkait dengan koloni, iaitu semua individu hidup secara bebas dan mempunyai semua fungsi yang diperlukan untuk terus hidup dan membiak.Sesetengah organisma rata-rata hidup bebas dan membentuk koloni fakultatif (tidak wajib) sebagai balasan kepada keadaan persekitaran, manakala yang lain mesti tinggal dalam koloni untuk terus hidup (obligat atau wajib). Sebagai contoh, sesetengah lebah kayu akan membentuk koloni apabila hierarki dominan terbentuk antara dua atau lebih pembina sarang[5] (koloni fakultatif), manakala karang ialah haiwan yang dihubungkan secara fizikal oleh tisu hidup (senosarka [en]) yang mengandungi rongga gastrovaskular yang dikongsi bersama.

Rujukan

WikiPedia: Koloni (biologi) http://animaldiversity.org/accounts/Hydrozoa/ http://www.biology-online.org/dictionary/Colony https://www.jove.com/t/3064/aseptic-laboratory-tec... https://hal.archives-ouvertes.fr/hal-02982659/file... https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32306502 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31849768 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21714171 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22617405 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC69016... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC48463...